Assalamualaikum, wbt.
Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan selamat bercuti kepada rakan-rakan. Gunakan cuti ini sebaik mungkin, samada untuk balik kampung atau cuti-cuti Malaysia bersama keluarga.
Ramai diantara rakan-rakan kita dikalangan bukan guru, merasa irihati apabila cuti persekolahan bermula (walaupun bukan semua). Mereka menganggap cuti sekolah merupa adalah waktu emas bagi guru-guru untuk berehat panjang dan makan gaji buta.
Sedar atau tidak, mereka yang sentiasa irihati dengan kerjaya guru ini, BAHAWA ramai dikalangan guru ini tidak dapat menikmati keenakan cuti ini sepenuhnya. Mereka ini tidak dapat menghadiri jemputan kenduri sanak saudara dan rakan taulan, apatah lagi untuk membawa anak-anak untuk Cuti-cuti Malaysia.
Mereka yang tidak dapat memanafaat cuti ini, kini berada diseluruh negara kerana membawa, mengiringi dan sebagainya, murid-murid kepertandingan peringkat kebangsaan. SUKMA di Melaka, Olahraga di Johor Bharu, Bola Baling di Kuantan, Bola Sepak di Kuala Terengganu, Hoki di Kuala Lumpur.
Mereka yang tidak terlibat secara langsung dengan aktiviti sukan ini, tidak pula berada dalam keadaan selesa. Kelas tambahan menanti mereka.
Terbaru Ketua Pengarah Pelajaran mengeluar arahan kepada Pengetua dan Guru Besar supaya dua Sabtu setiap bulan adalah minggu rehat cikgu.
Kami guru-guru amat berbangga jika Pengetua dan Guru Besar dapat mematuhi arahan boss mereka. Tapi malangnya arahan atau pekeliling amat jarang mereka patuhi.
Kerahan tenaga terhadap kami digunakan sepanjang masa.
KAMI AMAT TAKUT DENGAN SENJATA YANG DIGUNAKAN "PRESTASI TAHUNAN" KAMI AMAT BURUK JIKA INGKAR PERINTAH>